January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus




Nampak gelabah sekali Wan Azizah  bila ditanya adakah Malaysia  bakal ditadbir suami dan isteri jika PH menang  .


 Ia tidak mustahil berlaku dan tiada pun disebut oleh Pakatan Harapan iaitu Wan Azizah perlu   turut sama meletakkan jawatan TPM  bersama Tun Mahathir yang memberi laluan kepada DSAI .


Jadi ,  memang sejarah lah bukan sahaja Mahathir jadi PM kali ke 2  tetapi Wan Azizah juga bakal memimpin negara ini bersama suami ..haha..


Memang lingkup la negara bertuah ini kalau jatuh ke tangan puak Pakatan . Belum pernah lagi dalam dunia di mana suami menjadi Perdanan Menteri dan isteri pulak seorang Timbalan Perdana Menteri . 


Masing-masing dok sibuk nak  kuasa ,  rakyat yang sengsara !!





SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan menyimpan hasrat untuk Malaysia dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau sendiri sebagai pasangan  suami isteri jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Pakatan pembangkang itu mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri  dan Wan Azizah sebagai timbalannya sehingga Anwar mendapat pengampunan diRaja dan menggantikan Dr Mahathir.


Jika PH menang PRU14, percaturan itu membawa kemungkinan Anwar dan isterinya memegang dua jawatan tertinggi negara.


Di tanya kemungkinan senario itu berlaku, Wan Azizah berkata pihaknya tidak berhasat mewujudkan keadaan sedemikian namun beliau enggan mengesahkan secara jelas sama ada akan meletak jawatan bersama Dr Mahathir jika Anwar menjadi perdana menteri.


“Kita masih belum sampai ke peringkat itu. Kita hanya memikirkan mengenai PRU. Apabila sampai masanya kita akan memikirkannya. Tetapi tidak ada perancangan untuk mewujudkan pasukan suami-isteri (untuk pimpinan negara). Tidak ada,” kata beliau pada sidang media selepas Konvensyen PH kedua di sini.


Anwar memegang jawatan Ketua Umum dalam PKR dan PH manakala Wan Azizah adalah presiden bagi kedua-dua badan itu. -ANTARAPOS – 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons