January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AZMAN ATMIN

 

 

JOHOR BAHARU:
Khidmat Jabatan Amal Negeri Johor bersama telah membantu Orang Kelainan
Upaya (OKU), Zahimi Muhammad untuk berpindah ke Bangi, Selangor dari
Taman Pulai Indah, di sini kelmarin.
 

 

Usaha-usaha memunggah barang-barang milik keluarga Zahimi yang juga
merupakan mantan Setiausaha PAS Johor Baharu itu turut dijayakan oleh
Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin.

 

Ternyata, kehidupannya yang teruji oleh sakit angin ahmar (stroke)
hingga berstatus OKU kini telah dimudahkan hasil keprihatinan Ustaz
Abdullah dan anggota Amal itu.

 

Mereka telah menghulurkan pertolongan buatnya yang tidak lagi dapat
melakukan kerja-kerja berat, sekali gus menyempurnakan urusan berpindah
itu dengan koordinasi bersama Jabatan Amal Selangor.

 

Zahimi merupakan abang kandung pendakwah terkenal, Dr Zahazan
Muhammad itu berpindah kerana mengikuti isterinya yang bertukar dan
berkhidmat di cawangan Bangi setelah menetap di Johor sejak tahun 2006.
– HARAKAHDAILY

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons