January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Ketua Pemuda PPBM menyangkal dakwaan ketua Pemuda
Umno yang mendakwa memilih Dr Mahathir sebagai perdana menteri akan
mencetuskan ketidakstabilan politik.

Syed-Saddiq-Khairy-Jamaluddin-ppbm

PETALING
JAYA: Syed Saddiq Abdul Rahman mengingatkan Ketua Pemuda Umno Khairy
Jamaluddin supaya tidak mencari kesalahan Tun Dr Mahathir Mohamad
semata-mata mahu menutup kesilapan sendiri.

Ketua Pemuda PPBM itu berkata peralihan kuasa bukan perkara baharu
bahkan bekas perdana menteri itu mahir dengan selok belok kerjaaan dan
pilhan tepat ketika ini.

“Kita jangan lupa dibawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak,
mahasiswa masih lagi terancam sekiranya mereka lantang bersuara
menentang kerajaan.

“Mereka akan diugut dibuang kolej atau universiti. Mereka juga akan
melakukan bermacam-macam cara bagi menutup mulut rakyat,” katanya dalam
kenyataan hari ini.

Syed Saddiq turut mengambil contoh beberapa isu lain seperti hak
milik tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Jalam Semarak,
Kuala Lumpur yang dilaporkan media baru-baru ini,
dan siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dakwaan
penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta di Kementerian
Belia dan Sukan pada 2016.

“Saya yakin dan percaya kenyataan yang dikeluarkan Khairy ini kerana
takut akan PH yang menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri
ke-7.

“Beliau tahu dengan penamaan ini akan menggugat kedudukan Umno kerana
sokongan Melayu, kubu kuat Umno khususnya akan beralih ke PH pada PRU
yang akan datang,” katanya.

Syed Saddiq menjawab Khairy yang mendakwa pemilihan Dr Mahathir
sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pilihan
raya umum akan mencetuskan ketidakstabilan politik.

“Ini akan menimbulkan pergolakan dalam parti dan ini juga akan
memberi ketidakyakinan dalam kalangan pelabur (iaitu) selama mana Tun M
akan menjadi perdana menteri, dan bila Anwar akan mengambil alih sebagai
perdana menteri.

“Kalau saya jadi pelabur, saya akan berfikir dua tiga kali sebelum
membuat pelaburan besar sebab tak tahu apakah corak pentadbiran mereka,”
kata Khairy.

PH semalam mengesahkan Dr Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi PRU14.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah turut
mengumumkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan
menjadi timbalan perdana menteri.

Syed Saddiq bagaimanapun berkata Dr Mahathir mempunyai rekod yang
boleh diyakini selepas berjaya mengangkat negara dari sebuah negara
pertanian kepada negara perindustrian.

“Dr Mahathir berjaya menjalankan projek-projek mega milik Malaysia
seperti Menara KL dan Menara Berkembar Petronas. Pada zaman Dr Mahathir
juga, Malaysia diberi gelaran Harimau Ekonomi Asia.

“Tindakan Dr Mahathir ketika menangani krisis ekonomi 1998 juga
dipuji Bank Negara dan tindakannya dijadikan contoh pemimpin-pemimpin
dunia dan ahli-ahli ekonomi,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons