April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 


KUANTAN: Keadaan banjir di negeri ini beransur pulih berikutan cuaca baik sejak Sabtu lalu.
Sehingga jam 6 petang tadi, bilangan mangsa banjir di Pahang
berkurangan kepada 370 mangsa membabitkan 99 keluarga, yang ditempatkan
di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut laman infobanjir.jkm.gov.my, jumlah mangsa banjir di daerah
Pekan ialah 281 orang daripada 75 keluarga, yang ditempatkan di lima
PPS, diikuti daerah Maran seramai 41 mangsa daripada 11 keluarga di PPS
Balai Raya Kampung Baru Pertanian di daerah itu.
Di Lipis, jumlah mangsa banjir ialah 48 orang membabitkan 13 keluarga
berbanding 30 orang daripada tujuh keluarga pada tengah hari tadi, yang
ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah.

Memetik laporan BH Online, sehingga jam 5 petang, sebanyak dua sungai
di negeri ini melepasi tahap merah atau bahaya iaitu Sungai Pahang di
Paloh Hinai, Pekan (10.91 meter) dan Kuala Sungai Chini, Pekan (15.22
meter).

Selain itu, Sungai Pahang di Lubuk Paku melepasi tahap jingga atau
amaran iaitu 18.71 meter, manakala tiga sungai berada pada tahap
berjaga-jaga iaitu Sungai Jelai di Bukit Betong (70.01 meter), Sungai
Pahang di Kampung Chenor, Maran (21.29 meter) dan Sungai Pahang di Pekan
(2.61 meter).



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons