January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kemunculan sistem pengangkutan Grab dan Uber tidak dapat dinafikan telah memberikan ancaman kepada perkhidmatan teksi bukan sahaja di Bandaraya Kuching tetapi semua bandar utama di Malaysia.

Masyarakat hari ini lebih berminat untuk menggunakan perkhidmatan Uber dan Grab kerana ia lebih efisien, lebih bersih, lebih pantas, lebih selesa,  lebih murah dan sebagainya.

Untuk menjadi pengguna Uber dan Grab seorang pelanggan mestilah memiliki telefon pintar yang mempunyai data untuk membuat tempahan. Sebelum itu pengguna akan memuat turun aplikasi uber atau grab melalui Play Store dan mendaftar dengan menggunakan akaun facebook. Prosesnya begitu mudah dan selepas itu kita boleh memanggil grab atau uber untuk mengambil kita di mana sahaja. Hanya satu caj sahaja dikenakan, iaitu caj ke destinasi kita, tiada caj dikenakan untuk kereta datang mengambil kita. Resit juga akan dihantar kepada kita menggunakan email. Mudah kan?

Paling menarik ialah tambangnya dinyatakan sebelum uber atau grab datang, jika kita tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan kita boleh batalkan langganan tersebut.  Tambang uber dan grab sememangnya jauh lebih murah berbanding tambang teksi.

Grab dan Uber bukan lah satu kesalahan seperti kereta sapu. Grab dan Uber mempunyai sistem dan syarat yang ketat, jika seseorang pemandu grab tidak mencapai tahap kepuasan pelanggan dan mendatang rating yang rendah mereka akan ditamatkan perkhidmatan mereka.

KENAPA HARI INI ORANG RAMAI TIDAK SUKA DENGAN PERKHIDMATAN TEKSI:-

  1. Pemandu teksi enggan menggunakan meter
  2. Teksi kotor,  berbau asap rokok, air cond tidak sejuk
  3. Pintu kadangkala sukar dibuka atau ditutup 
  4. Penyerap hentak bunyi dan keras macam lori
  5. Bercakap kasar dan tidak berbudi bahasa
  6. dll

Jadi salah siapa jika pengguna enggan menggunakan perkhidmatan teksi. Pemandu teksi kena fikir sendiri,  jika mereka tidak berubah, pengguna akan ubah mereka.

Kepada anak-anak muda yang ingin mencari wang saku boleh lah mendaftar untuk menjadi pemandu grab atau uber. 

Hujung tahun lepas Proton telah bekerja sama dengan KAPB untuk menawarkan perkhidamatan Uber iaitu Quick Ride.

Quick Ride yang ditubuhkan oleh Kumpulan Cartrade dan Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB) kini telah menjalinkan kerjasama dengan Uber bagi menawarkan kereta sewa jenama Proton kepada pemandu-pemandu Uber.

Quick Ride merupakan syarikat yang beroperasi dengan menawarkan perkhidmatan kereta sewa iaitu Proton Saga dan Proton Persona kepada pemandu baharu atau sedia ada Uber.


Peluang menjadi pemandu “ride hailing” ini terbuka kepada orang ramai yang layak untuk memohon menjadi pemandu Uber menerusi Quick Ride. Berikut merupakan syarat-syarat untuk anda yang ingin memohon;

Rakyat Malaysia
Berumur 21 tahun ke atas
Mempunyai lesen memandu yang sah
Tiada rekod jenayah atau rekod bankrap
Tiada masalah mental

Peluang ini merupakan salah satu usaha bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada para graduan yang menganggur , rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan dan juga sesiapa yang mahu menjana pendapatan sampingan.

Kadar sewa yang ditawarkan adalah RM45 (Proton Saga) dan RM55 (Proton Persona. Bagi memudahkan lagi pemandu-pemandu, Quick Ride turut menawarkan kos penyelenggaraan kenderaan sewa tersebuat secara percuma termasuklah kerosakan, cukai jalan dan insurans (kecuali tayar dan petrol).

Setiap kenderaan juga akan dilengkapi dengan kemudahan wifi secara percuma dan sebuah tablet yang boleh digunakan oleh penumpang bahagian belakang.

Setakat ini, Quick Ride menyasarkan 1,000 kenderaan untuk diagihkan kepada pemandu yang berminat sehingga awal tahun 2018. Menurut Quick Ride, mereka bakal menyediakan 10,000 lagi unit lagi kenderaan Proton dalam tempoh dua tahun yang akan datang.

“Dengan kerjasama yang dijalinkan ini, pelanggan dapat menikmati kemudahan, keselesaan dan keselamatan ketika menjalankan perkhidmatan sebagai pemandu Uber dengan menggunakan kenderaan Proton. Saya percaya bahawa Proton Saga 1.3 Standard CVT dan Persona 1.6L Standard telah dilancarkan dengan spesifikasi yang baik dan juga menawarkan penjimatan bahan api” kata Ketua Pegawai Eksekutig Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Kepada anda yang berminat untuk mendaftar, anda boleh layari lama web www.quickride.my

Hari ini kita boleh pilih nak naik Uber atau Grab. Pilihan di tangan kita,  Biarkan lah teksi dengan ego mereka yang tidak berkesudahan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons