April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


“PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah menguasai parti-parti lain di dalam Pakatan Harapan walaupun ia paling lambat menyertai gabungan itu,” kata Presiden Parti Pertubuhan Orang Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Liow Tiong Lai.

presiden mca

“Daripada peruntukan kerusi-kerusi pilihanraya Pakatan, adalah jelas PPBM diketuai Mahathir telah mengatasi yang lain untuk mengetuai gabungan itu,” kata Presiden parti komponen BN itu dalam satu kenyataan pada hari Isnin.

Kata Liow, PPBM berjaya mendapat paling banyak kerusi sementara DAP hanya diberikan sebanyak 35 kerusi.

“Ini menunjukkan fakta-fakta bahawa DAP diketepikan tanpa sebarang kuasa,” katanya.

“Mereka betul-betul terlupa orang yang pernah mereka panggil sebagai zalim, dan dituduh menyebabkan kerosakan sistem demokrasi di Malaysia, Tun Dr Mahathir kini telah menjadi penyelamat mereka,” katanya.

Tambahnya, muafakat di antara DAP dan Dr Mahathir merupakan satu pengkhianatan kepada masyarakat Cina, yang telah memberi kepercayaan kepada DAP dalam dua pilihanraya umum yang lalu.

“DAP tidak patut ambil mudah masyarakat Cina dengan terus-terusan merampas pendapat umum dan berpura-pura berjuang untuk demokrasi namun bertindak sebaliknya,” katanya.

Kata Liow, sekiranya DAP sanggup menggadaikan sistem sekular negara, menjenamakan semula PAS dan bekerjasama dengan PPBM, maka parti itu sanggup gadaikan apa sahaja.

Pada hari Ahad (7 Jan), dalam Konvensyen Pakatan Harapan, gabungan itu sebulat suara menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Keputusan itu dibuat dengan persetujuan yang ditandatangani oleh Dr Mahathir, Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden PPBM, Tan Kok Wai, Pengerusi DAP dan Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Antara lain perjanjian itu menetapkan bahawa pengampunan diraja akan didapatkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya dan menjadikannya Perdana Menteri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons