January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 10 Jan. – Mayat seorang pekerja binaan warga asing yang ditimbus sebahagian struktur bangunan berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat lewat malam tadi dalam satu kejadian di tapak projek pembinaan pencawang masuk utama MRT Cochrane milik Tenaga Nasional Berhad di sini hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Pudu, Timbalan Penguasa Bomba Armdan Mahad berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa hampir lapan jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang ditimbus perancah dan cerucuk serta konkrit yang runtuh.

Menurutnya, kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa terpaksa dilakukan secara manual dengan menggunakan tenaga manusia dan peralatan pemotong pasukan penyelamat yang ada.

“tidak dapat menggunakan jentera berat untuk mengalihkan timbunan runtuhan perancah dan cerucuk kerana bimbang akan mengganggu struktur binaan tersebut yang tidak stabil.

“Bangunan empat tingkat ini masih dalam pembinaan dan struktur yang baru dibina kini sehingga tiga tingkat,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons