April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Tun Dr Mahathir

TAWAU:
Pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
berkata rakyat Sabah akan berdepan musim ‘kemarau’ berpanjangan jika Tun
Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi perdana menteri.

Pairin yang juga timbalan ketua menteri Sabah, berkata Dr Mahathir
pernah memegang tampuk kepimpinan negara selama 22 tahun dan sepanjang
tempoh itu rakyat Sabah “tahu bagaimana rasanya” berada di bawah
pemerintahan perdana menteri keempat itu.

“Dr Mahathir sudah pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan
dalam ucapannya pada konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini, dia juga
mengakui banyak kelemahan, banyak kesalahan dan meminta ampun kepada
rakyat seluruh negara.

“Jadi kalau dia sudah menyatakan sedemikian, adakah logik lagi untuk
kita menerima orang ini (Dr Mahathir) untuk jadi perdana menteri sekali
lagi? Jelas tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan
majlis pecah tanah projek skim bekalan air Tawau Fasa Tiga yang
melibatkan pembinaan empangan air pelbagai guna pertama di Sabah, di
sini, hari ini.

Ahad lepas Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan
pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana
menteri dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai
timbalan perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan
raya umum ke-14.

Pairin berkata, strategi itu juga merupakan langkah awal menunjukkan
Pakatan Harapan tidak konsisten dengan laungan untuk memberi peluang
kepada golongan muda memegang jawatan penting.

“Semua menyatakan bahawa orang muda mesti main peranan tertentu
sebagai persediaan peralihan (kepimpinan) tetapi dalam hal ini, mereka
(Pakatan Harapan) mengundur balik,” katanya.

Pakatan Harapan turut mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen akan
ditandingi parti komponen berkenaan iaitu PPBM (52), PKR (51) DAP (35)
dan Parti Amanah Negara (27), keseluruhannya 165 kerusi di Semenanjung
Malaysia.– Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons