January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pencalonan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebagai calon perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) mmebuktikan pembangkang dan bekas perdana menteri itu kini dibawah telunjuk DAP.

Pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor berkata tanpa sokongan DAP, Dr Mahathir tidak mungkin dapat dicalonkan sebagai perdana menteri dari gabungan pembangkang itu.

“Buat rakyat Malaysia, janganlah jadi pihak yang kalah atau loser juga dengan mengundi parti Mahathir dan sekutunya kalau sayangkan Malaysia ini, apatah lagi semua cukup sedar pembangkang termasuk Mahathir kini dibawah telunjuk DAP.

“Tanpa sokongan DAP, ingat senang ke Mahathir nak jadi calon PM pembangkang?” soal Rizal dalam satu kenyataan hari ini.

Rizal juga secara sinis berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini menjadi pihak yang paling rugi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti kerana terpaksa menyerahkan calon perdana menteri kepada Mahathir.

Katanya, umum mengetahui PKR pada asalnya ditubuhkan untuk menaikkan Anwar sebagai perdana menteri dan menjatuhkan Dr Mahathir.

“Tetapi, hari ini, PKR terpaksa redha untuk menyokong dan mengangkat semula Mahathir sebagai PM buat kali kedua setelah Anwar meringkuk dalam penjara angkara kebuasan nafsunya.

“Justeru, Anwar dan PKR menjadi pihak yang paling rugi (biggest loser) dalam PRU14 kerana terpaksa menyerahkan jawatan calon PM walaupun mereka sedar bahawa Mahathir tak akan sekali-kali mahu Anwar menjadi PM.

“Mahathir juga berjaya ‘checkmate’ PKR dan semua parti pembangkang lain apabila mendapat kerusi terbanyak untuk bertanding di semenanjung Malaysia pada PRU14 – menjadikan PPBM sebagai parti paling untung – biggest winner,” katanya lagi.

Rizal juga mendakwa keinginan Dr Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi bertujuan membuka laluan mudah untuk menaikkan anaknya.

“Walaupun Tun M pernah berjanji kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberinya jawatan PM ketika mula-mula menubuhkan PPBM, nampaknya janji tinggal janji dan Tan Sri Muhyidin terus kempunan,” katanya.

Pada Ahad, PH secara rasmi menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri jika gabungan itu berjaya memenangi PRU14.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons