April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 10 Jan. – Tujuh pekerja binaan cedera ringan manakala seorang parah apabila besi perancah yang digunakan bagi menyokong struktur binaan bangunan yang dibina tumbang dalam satu kejadian di tapak pembinaan Projek Pembentungan Langat di kilometer 23, Lebuh Raya Grand Saga dekat ini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, mangsa yang cedera berumur 33 tahun itu telah dihantar ke Hospital Kajang oleh sebuah ambulans untuk mendapatkan rawatan segera.

“Kesemua pekerja tersebut sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di tapak projek MMC Pembentungan Langat CSTP ketika itu sebelum runtuhan berlaku.

“Runtuhan perancah itu didapati berlaku pada ketinggian bangunan dua tingkat di sebuah bangunan dalam pembinaan,” katanya di sini semalam.

Menurut Jurucakap itu lagi, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.28 petang dan mengerahkan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang untuk ke lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons