January 17, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUANTAN 11 Jan. – Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Indera Mahkota 15, di sini semalam.

Ahnaf Hanafi Mohd. Haniff disahkan meninggal dunia dalam kejadian pada pukul 2.30 petang ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Indera Mahkota 5 di sini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, bapa mangsa, Mohd. Haniff [email protected], 28, menghantar anak tunggalnya itu ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat pada pukul 8.10 pagi ini.

“Ketika berada di tempat kerja, Mohd. Haniff menerima panggilan daripada isterinya yang memaklumkan pengasuh Ahnaf Hanafi membawa anak mereka mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

“Ketika tiba di klinik berkenaan, bapa mangsa melihat anaknya dalam keadaan kebiruan dan dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa anaknya itu sudah meninggal dunia,” katanya di sini malam tadi.

Menurut Mohamad Noor, bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pada pukul 3.44 petang semalam.

“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan setakat ini kes diklasifikasikaam kejadian sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons