January 17, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Syarikat
Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini memaklumkan terdapat
sedikit kelewatan untuk pengeluaran bil air bagi bulan Januari.

Dalam satu kenyataan hari ini, Syabas berkata mulai Januari tahun
ini, pelanggan akan menerima bil air melalui perkhidmatan pos atau e-mel
berdasarkan pilihan pelanggan dalam usaha syarikat itu
untuk memberikan perkhidmatan pengebilan yang lebih efektif dan efisen.

Syabas turut menjelaskan tiada perubahan bagi kaedah pembayaran bil
air melalui saluran kaunter perkhidmatan cawangan Syabas, ejen kutipan
yang sah seperti Pos Malaysia, MOL, e-Pay, Majlis Bandaraya Petaling
Jaya (MBPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pelanggan boleh berhubung dengan Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 15300 untuk sebarang bantuan dan maklumat lanjut.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons