January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Musim drama air mata dan menagih simpati sudah pun tiba!

Beberapa hari lepas, kita disajikan dengan drama air mata pasangan suami isteri terkenal yang mempnyai anak-anak yang kaya raya dan bertaraf super jutawan, Hasmah-Mahathir. 

Mahathir menitiskan air mata terharu kerana dipilih oleh Pakatan Harapan sebagai calon Perdana Menteri puak tersebut. Manakala Siti Hasmah pula menitiskan air mata terharu kerana suaminya dipilih lagi walaupun belum tentu sebagai Perdana Menteri sah Malaysia yang ketujuh.

Sebelum ini, air mata juga menjadi medium utama untuk meraih simpati oleh Wan Azizah dan anak perempuannya, Nurul Izzah. 

Wan Azizah mengalirkan air mata untuk menutup cerita dan tuntutan penjelasan tentang jam tangan Omega yang sampai ke hari ini tidak dapat dijawabnya. Wan Azizah juga menggunakan air mata untuk mendapatkan simpati dan sokongan besar kepada suaminya, Anwar Ibrahim yang kali pertama dipecat dari Kabinet dan diterajang keluar dari UMNO oleh Mahathir. Dalam kebanyakan dramanya, Wan Azizah berjaya mengundang simpati yang tidak sedikit. Buktinya, walaupun dia gagal sebagai wakil rakyat, dia tetap menang di PRK Kajang dan Permatang Pauh.

Manakala Nurul Izzah pula terpaksa berlakon dengan air mata sebagai tanda penyesalan atas onarnya melakukan fitnah untuk memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU-13 ke atas calon UMNO-BN, Raja Nong Chik.

Mahathir dan air mata, tidak perlu diceritakan lagi. 

Air matanya mengalir ketika dia membaca saja, ‘Melayu Mudah Lupa’. Dia juga menangis macam anak kecil lapar ais krim masa membuat ujian kesetiaan dengan mengumumkan perletakan jawatan semasa ucapan penggulungan dalam Sidang Agung UMNO. 

Pendek kata, keluarga Mahathir dan keluarga Anwar Ibrahim cukup sukar memisahkan diri dengan elemen-elemen drama dan filem Bollywood dan Mollywood yang penuh air mata.

Tidak cukup dengan air mata, hari ini muncul satu lagi drama menagih simpati. Mahathir yang diketahui tidak pernah melawat sesiapa pun di hospital kecuali arwah kakak-kakak dan abangnya, merungut apabila pihak Jabatan Penjara enggan membenarkan dia melawat dan berjumpa dengan Anwar Ibrahim di Pusat Rehabilitasi di Cheras. 

Mahathir cuba mewujudkan persepsi konon-kononnya larangan tersebut bersifat baru dan seolah-olah Kementerian Dalam Negeri sangat takut dengannya dan Anwar Ibrahim selain cuba menghalang mereka bertemu. 

“Saya rasa sedihlah, saya cuma nak jumpa dia. Nak ucapkan terima kasih kerana dia tidak membantah bahkan menyokong saya sebagai calon (Perdana Menteri),” kata Mahathir kepada pemberita di luar wad Hospital Rehabilitasi Cheras. (RUJUK SINI)

Anwar adalah banduan jenayah yang sedang menjalani hukumannya. Tiada mana-mana negara yang memberikan akses untuk lawatan secara bebas seperti yang cuba dan mahu ditanggapi oleh Dr Mahathir. Malahan Mahathir sendiri pun, tidak pernah membenarkan sesiapa pun melawat banduan-banduan termasuklah yang sedang dirawat di hospital walaupun dalam keadaan nazak semasa dia masih berkuasa dahulu.

Mengapa pula pada zaman Najib, macam-macam kebebasan yang dituntutnya sedangkan dia sendiri tidak percaya kebebasan sepertimana dia menyekat hak bermaklumat dan penyiaran serta penerbitan menerusi dasar autokratik menerusi pelbagai jenis akta termasuklah Akta Penyiaran, Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak. Mahathir sendiri adalah seorang yang percaya dan berpegang teguh bahawa rakyat tidak boleh dibenarkan terlalu bebas dan banyak mempersoalkan kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi. 

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, Mahathir sentiasa percaya dan mengamalkan kepercayaan yang rakyat tidak boleh terlalu pandai mengira dan berfakta bagi mengelakkan integriti dan akauntabilitinya dipersoalkan. Namun sekarang, dia cuba mempotretkan dirinya sebagai pejuang kebebasan yang tidak percaya kepada sebarang sekatan dan had?

Kata Mahathir, perkara seperti ini tidak pernah berlaku pada zamannya. 

Satu pembohongan yang amat nyata!

Mengapa Mahathir tidak menceritakan kembali tentang surat panjang berjela Wan Azizah yang meminta izin untuk membenarkan mereka sekeluarga melawat Anwar di penjara ketika dia masih Perdana Menteri dahulu yang kemudian akhirnya mewujudkan dendam di kalangan ahli keluarga Anwar Ibrahim kepada Mahathir sehinggalah Mahathir dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan?

Apakah Mahathir percaya bahawa semua Melayu itu mudah lupa sebagaimana yang sering diungkapnya?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons