January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KANGAR – Bekas Senator Perlis, Ahmad Hussin memilih Bersatu untuk meneruskan perjuangan politiknya, selepas lebih 40 tahun bersama Umno.

Ahmad, 69, yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan menyerahkan borang keahlian parti kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Bersatu Perlis, pagi tadi.  

Bekas senator 2006-2012 itu merupakan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kangar, yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Pertanian.

Ahmad berkata, Bersatu lebih serasi dengan dirinya kerana parti itu merupakan parti serpihan Umno, selain yakin dengan kepimpinan sedia ada.

“Saya mahu platform selain Umno, kerana parti itu sudah jauh tersasar dan tidak boleh lagi berpatah balik. Saya mula merasakan parti itu makin jauh daripada landasan ketika saya jalankan tesis berkaitan sekuriti negara,” katanya.

Menurut bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis (85-86) itu, walaupun menjadi ahli biasa Bersatu, beliau akan menegur kepimpinan parti itu sekiranya dilihat terpesong.

“Siapa yang tak betul, saya akan tegur untuk kepentingan rakyat dan negara. Saya tidak akan ikut pemimpin yang tidak bersih,” katanya.

Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) (2014-2016) itu berkata, keadaan negara kini amat menyedihkan susulan banyak perkara membelakangkan perlembagan persekutuan.

“Selepas saya sertai Bersatu, saya akan dedahkan kepincangan dalam negara dan menegur pimpinan agar mentadbir mengikut perundangan,” katanya. – Sinar Harian



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons