January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PELAKON dan pengarah Farid Kamil yang ditahan kerana menampar anggota polis dan menendang orang awam hari ini dikatakan mencabar pihak berkuasa untuk menahannya berikutan tindakan tersebut, dakwa seorang saksi yang menyaksikan kejadian itu.

Farid Kamil

Saksi berkenaan mendakwa mendakwa Datuk Farid Kamil, 37 melakukan provokasi terhadap anggota polis selepas insiden dia dikatakan melempang seorang pegawai polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Kota Damansara hari ini lapor Malay Mail.

“Ianya (berlaku) sangat cepat, pegawai itu sedang menerima aduannya, dia (Farid) menggoyangkan telefon miliknya…” Kata saksi berkenaan seperti yang dipetik oleh portal itu.

Malay Mail sebelum ini melaporkan bahawa pelakon berkenaan ada menunjukkan kepada polis tersebut mesej bertulis “300 artis pinjam wang dari ah long, kerana kurang tawaran kerja,” namun tidak dapat dipastikan apa punca dia bertindak demikian, dan apakah motifnya.

Menurut saksi, dia dan orang lain di tempat kejadian terkejut dengan tindak balas pelakon itu, sambil menambah seorang orang awam turut ditendang beberapa kali dalam kejadian itu.

“Beberapa pegawai polis, malah orang awam di balai polis itu terpaksa bertindak untuk menghalangnya,” katanya yang menceritakan kelakuan pelakon itu yang memberontak dan agresif.

“Malah dia mencabar pegawai-pegawai di balai itu untuk menangkapnya ketika kami cuba untuk menahannya,” kata saksi tersebut yang meminta agar namanya tidak disiarkan.

Seorang lagi saksi orang awam juga tidak mahu dikenali berkata keseluruhan kejadian berlaku tanpa provokasi.

Individu itu yang mengaku sebagai peminat Farid Kamil berkata dia pada awalnya berasa terkejut dan gembira kerana mengenali pelakon itu.

“Saya sedang menunggu giliran untuk berurusan dengan pegawai polis, ketika dia tiba-tiba meradang. Selepas menyedari dia bertindak agresif kepada pegawai polis, malah kepada orang awam, saya masuk campur untuk membantu menahannya,”

“Ia berlaku sangat pantas dan tidak dijangka, ketika itu pegawai polis hanya bertanya butiran tentang aduannya…” kata saksi tersebut.

Katanya dia terkejut dengan kejadian itu.

Pihak polis telah mengesahkan kedua-dua kejadian dan tangkapan berkenaan, sambil menambah pelakon dan pengarah itu akan disiasat dibawah Seksyen 90 akta polis, kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan tindakan merusuh.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons