April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


RUMAH di bawah Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) kini boleh dibeli oleh anak pesara kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Ali Hamsa.

Ali Hamsa

Katanya ia susulan keputusan kerajaan untuk membenarkan anak-anak kepada pesara kerajaan bagi membeli rumah-rumah jenis teres atau strata yang berharga di antara RM150,000 hingga RM300,000.

“Malam ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju membenarkan anak kepada pesara-pesara kerajaan untuk membeli rumah-rumah PPA1M.”

“Mungkin semua pesara sudah memiliki rumah mereka sendiri, namun anak-anak mereka juga boleh membeli rumah-rumah PPA1M walaupun mereka tidak bekerja dengan kerajaan,” katanya dalam satu ucapan dalam program Khidmat Bakti 2018 di Kuala Lumpur malam tadi.

Bagaimanapun beliau dilapor tidak menjelaskan perkara itu secara lanjut.

Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan bahawa ibu bapa kepada penjawat awam, boleh terus menikmati kemudahan-kemudahan perubatan dan faedah-faedah meskipun anak mereka telah bersara.

Beliau dilaporkan turut menyeru pesara kerajaan untuk terus membantu menyebarkan informasi dan dasar-dasar kerajaan dengan betul, bagi mengelakkan dakwaan-dakwaan tidak tepat dari mesej yang tular, yang boleh melemahkan kestabilan ekonomi dan pembangunan negara.

Beliau juga menggalakkan mereka untuk berkongsi pandangan kepada kerajaan melalui platform yang betul bagi mengekalkan kredibiliti dan imej perkhidmatan awam.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons