January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


OLEH NAEEM RAFFI

SHAH
ALAM: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengurus selia enam
cawangan Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menerusi
laman facebooknya, YIDE memaklumkan enam pusat itu membabitkan Pusat
Dialisis MAIS Shah Alam, Kapar, Kuala Selangor, Sungai Besar, Taman
Melawati dan Bukit Jelutong.

Katanya,
kesemua pusat dialisis itu menyediakan 43 mesin hemodialisis bagi
menampung kapasiti 258 pesakit daripada pelbagai peringkat umur.

“Rawatan
hemodialisis adalah salah satu peranan YIDE dalam memberi khidmat
sokongan kebajikan khususnya dalam bidang kesihatan dan perubatan,”
katanya.

Selain
menawarkan perkhidmatan rawatan hemodialisis yang dikawal selia Pusat
Dialisis MAIS, YIDE turut berperanan memberi bantuan bencana kepada
rakyat.

YIDE juga berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim di
Selangor dengan melaksanakan program agihan sumbangan kewangan dan
bantuan pendidikan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons