January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MELAKA 12 Jan. – Lebih 3,000 peserta menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-22 Persatuan Tarian Singa dan Naga Gao Feng Malaysia yang berlangsung di Dewan Utama Sekolah Menengah Pay Fong di Jalan Kubu di sini malam ini.

Majlis perasmian program tersebut disempurnakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Menurut Megat Zulkarnain,  program tersebut merupakan acara tahunan yang menghimpunkan ahli daripada 22 persatuan tarian naga dari seluruh negara.

“Acara seperti ini tidak mungkin dapat dilihat di negara lain di mana pertubuhan tarian naga dan singa Malaysia mengadakan persembahan kebudayaan dan ia melambangkan perpaduan masyarakat berbilang kaum yang turut menyertai tarian ini.

“Keindahan budaya pelbagai kaum ini tidak boleh ditemukan di mana-mana dan untuk itu marilah kita rakyat Malaysia sama-sama mempertahankan kerukunan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum demi kemakmuran negara,” katanya ketika berucap merasmikan majlis makan malam itu sebentar tadi.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Tarian Singa dan Naga Melaka, Datuk Gan Boon Leong dan timbalannya, Datuk Gan Tian Loo.  – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons