January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pas mempunyai penyokong yang setia terhadap parti berkenaan.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, semangat penyokongnya itu, tidak menjamin kepada kemenangan parti berkenaan.

“Tengok kepada ‘mood’ sekarang ini penyokong Pas itu agak stabil.

“Kalau merosot sedikit sahaja tapi untuk menang saya nampak agak sukar,” katanya kepada Sinar Online selepas menjadi tetamu bagi program FB Live Sinar Harian, semalam.

Katanya, penyokong Pas agak istimewa sepertimana juga penyokong BN.

“Pengundi Pas sama jugak dengan BN agak solid tak banyak terjejas,” katanya.

Justeru, katanya Pas memerlukan penyokong-penyokong parti lain untuk memenangkan parti mereka dalam PRU nanti.

Dalam pada itu Mohamad Redzuan turut menolak bahawa dalam PRU14 nanti akan berlakunya Tsunami Melayu.

“Saya beberapa kali menyertai ‘survey’ turun padang, saya tak nampak tsunami melayu ini,walaupun tak puas hati tu ada terhadap BN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meningatkan Pakatan Harapan agar tidak memandang rendah akan ‘kehebatan’ Umno.

“Walaupun ada sisi buruknya, kita kena ingat ada jasa Umno yang diingati oleh orang Melayu.

“Jadi jangan padang rendah akan Umno,” katanya. – SH



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons