January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng berkata tiada satu sen pun telah dibayar sama ada dalam bentuk tunai mahupun dalam apa-apa bentuk lain kepada kontraktor Terowong Bawah Laut Pulau Pinang. 

Walau bagaimanapun, pada 19/05/2017, EXCO Pulau Pinang, Lim Hock Seng ketika menjawap di dalam Sidang DUN berkata bahawa RM209 juta sudah dibayar dalam bentuk tanah kepada kontraktor untuk kos laporan.


Siapa yang berbohong? Joseph Lim Guan Eng atau Lim Hock Seng? Benarkah Kerajaan Negeri belum membayar satu sen pun untuk projek berkenaan sebagaimana kata Joseph Lim Guan Eng? Apakah bukti-bukti baru yang diperolehi oleh SPRM yang membawa kepada perintah reman terhadap dua Datuk di bawah Seksyen 16 & 17A Akta SPRM (memberi dan menerima rasuah)?

Siapa yang memberi dan siapa yang menerima? Benarkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah memberikan kebenaran kepada konsortium untuk menjual ‘tanah’ yang diberikan sebagai pembayaran untuk projek tersebut?

Pembohongan Kedua:

Sewaktu pemberian projek Terowong Bawah Laut kontroversi bernilai RM6.34 bilion, Rejim DAP Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan pada 04/03/2013, menafikan bahawa syarikat SPV  Konsortium Zenith BUCG yang dianugerahkan projek tersebut tidak bermodal untuk melaksanakan projek mega tersebut. Rejim DAP Pulau Pinang dalam kenyataannya di Buletin Mutiara, baca di sini, menyatakan,

Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah sebuah special purpose vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut:-

Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing;

Beijing Urban Construction Group 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta;

Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta; dan
Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.

Keseluruhan modal berbayar keempat-empat syarikat adalah RM4,549.2 juta yang memenuhi kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta. Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd mempunyai modal berbayar RM2 kerana ditubuhkan khas untuk ini (SPV). 

Selepas 4 tahun, syarikat SPV berkenaan masih belum melengkapkan laporan RM305 juta dan masih belum memulakan kerja pembinaan. Tambahan pula berlaku perubahan yang besar dalam struktur pemegang saham syarikat. Tiada lagi syarikat dari China, China Railway Construction Corporation Ltd. Lagi pelik apabila syarikat fesyen bernama Voir, dengan saham sebanyak 13.21% turut terlibat di dalam konsortium baru ini. 38.9% sahamnya juga dimiliki di bawah nominasi yang dipegang oleh Kenanga Nominees.

Jumlah modal berbayar syarikat pemegang sahamnya sekarang berkurang menjadi RM70.5 juta berbanding RM4.5 bilion, 4 tahun lepas. RM70.5 juta nilai modal berbayar ini juga terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah RM220 juta yang telah dibayar oleh Rejim DAP Pulau Pinang sebagai sebahagian bayaran untuk laporan RM305 juta. Ibarat Rejim DAP Pulau Pinang menjanjikan Rajinikanth, superstar India sebagai pelakon utama dalam filem terbaru. Namun selepas 4 tahun berlalu, hanya Acappan sahaja yang dibawa sebagai pelakon utama.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons