January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PELAKON dan pengarah terkenal Datuk Farid Kamil yang dilaporkan menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam di Balai Polis Kota Damansara semalam, ditahan reman selama 4 hari.

farid kamil ditahan
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilaporkan sebagai berkata, perintah reman selama empat hari telah diberikan namun tidak memberikan butiran lanjut.

Pelakon berusia 37 tahun itu yang dilaporkan positif dadah jenis ganja, tiba di mahkamah Petaling Jaya sekitar 10.20 pagi dalam sebuah trak polis sebelum diiringi masuk ke bilik mahkamah.

Farid yang memakai seragam lokap berwarna ungu muncul semula selepas 15 minit kemudian namun kali ini wajahnya ditutup dengan jaket. Dia kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret.

Hakim Majistret Zaki Asyraf Zubir kemudian membenarkan tahanan reman selama 4 hari, sebelum Farid dilihat keluar dari bilik mahkamah kira-kira 10 minit kemudian.

farid kamil reman
Farid disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) kerana positif dadah, dan Seksyen 90 Akta Polis 1996 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis.

Pelakon itu turut disiasat di bawah Seksyen 323 dan 353 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan menggunakan paksaan jenayah bagi menghalang kakitangan awam menjalankan tugas.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons