January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

GEORGE TOWN:
“Mungkin.” Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa
didesak pemberita untuk memberikan jawapan sama ada perbicaraan kes
rasuahnya akan menjejaskan pencalonannya pada pilihan raya umum ke-14.

Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP berkata beliau perlu
menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang beberapa kali
dengan setaip kali untuk tempoh empat hingga lima hari sepanjang Mac dan
Mei. Mahkamah Tinggi menetapkan 23 hari bagi perbicaraan antara 26 Mac
dan 25 Mei.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan
menyalahgunakan kuasa sebagai ketua menteri untuk manfaat diri dan
isterinya Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Emblem Sdn Bhd bagi
menukar status tanah pertanian kepada status perumahan dengan
menggunakan kedudukannya dalam mesyuarat jawatankuasa perancang negeri
dipengerusikannya pada 18 Julai, 2014.

Lim juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan
kedudukannya untuk mendapatkan manfaat menerusi pembelian sebuah rumah
daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta iaitu lebih rendah daripada
harga pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai, 2015.

Phang, yang merupakan presiden Magnificent Emblem turut mengaku tidak
bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Lim dalam pembelian
rumah di Jalan Pinhorn itu daripadanya pada harga RM2.8 juta iaitu di
bawah harga pasaran atau RM4.27 juta.

Dalam perkembangan lain, Lim, yang bercakap kepada pemberita di sini,
berkata kerajaan negeri telah menjelaskan bayaran bagi kajian
kebolehlaksanaan untuk tiga lebuh raya menerusi kaedah tukar tanah
bernilai RM208 juta.

Beliau berkata kerajaan tidak membuat sebarang bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut seperti didakwa Gerakan.

Keutamaan kerajaan negeri adalah tiga lebuh raya itu dan bukannya
terowong dasar laut yang dijangka siap hanya pada 2027, katanya.

Selasa lepas, Gerakan Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri telah
membayar RM208 juta bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut
menerusi kaedah tukar tanah.– Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons