January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


TOKYO 12 Jan. – Pihak berkuasa Jepun akan mengehadkan hak pemohon suaka di sini untuk bekerja mulai Isnin ini.

Menurut Kementerian Kehakiman Jepun, hanya pelarian sebenar atau ‘bonafide refugees’ dibenarkan berbuat demikian berdasarkan peraturan terbaharu itu.

Pada masa yang sama katanya, mana-mana pemohon suaka berulang dan mereka yang gagal semasa pemeriksaan awal pula akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan selepas pas kebenaran untuk mereka tinggal di Jepun tamat tempoh.

“Kami mahu memberi fokus kepada pelarian yang betul-betul memerlukan perlindungan ketika ini,” kata Menteri Kehakiman Jepun, Yoko Kamikawa dalam satu sidang media hari ini.

Ketika ini, Jepun dianggap sebagai antara negara yang memiliki sistem paling ketat untuk mana-mana pelarian atau pemohon suaka yang berada di negaranya. -REUTERS



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons