January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Nampak gayanya, kemelut kepimpinan dikalangan puak Pakatan Haprak tu kini sudah mula memasuki episod baru apabila ada ‘Pakatan Sulit’ yang dibuat tanpa pengetahuan sesama mereka sendiri.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila PKR Selangor seolah – olah telah dipinggirkan dari Pakatan Sulit yang terdiri daripada parti PPBM, PAN dan DAPigs Selangor baru – baru ini.

PKR Selangor semalam membuat dakwaan bahawa mereka tidak dimaklumkan mengenai “Kenyataan Bersama” kepimpinan Pakatan negeri bagi menyokong pencalonan Tun Mahathir sebagai PM.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor mendakwa Azmin Ali selaku Pengerusi negeri juga turut tidak dimaklumkan tentang Kenyataan Bersama menyokong keputusan Majlis Presiden Pakatan itu.

Malah Si Mak Lampir Zuraidah tu juga mendakwa, dia juga tidak pasti sama ada Kenyataan Bersama yang dibuat oleh ketiga – tiga parti sekutu PKR itu dilakukan secara individu atau sebaliknya.

“Kenyataan itu tidak dibuat melalui struktur PH Selangor yang dipengerusikan Datuk Seri Azmin Ali. Saya tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah satu gabungan atau secara individu.”

Semalam, PPBM, DAPigs dan PAN Selangor menandatangani Kenyataan Bersama menyokong keputusan majlis presiden PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri gabungan itu.

Menurut laporan yang disiarkan, ketiga – tiga parti sekutu PKR itu diwakili oleh Pengerusi Negeri masing – masing, termasuk DAPigs yang diwakili oleh Tony Pua selaku Pengerusi DAPigs Selangor.

Jika sebelum ini, kepimpinan PKR Selangor dengan jelas menyatakan pendirian enggan menyokong keputusan Majlis Presiden yang diumumkan sewaktu Konvensyen Pakatan secara terbuka.

Maka secara tidak lansung, tindakan ketiga – tiga parti sekutu PKR yang telah menandatangani Kenyataan Bersama itu dibuat tanpa sebarang konsensus dan membuktikan bahawa wujudnya agenda peribadi dikalangan mereka sendiri!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons