January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 12 Jan. – Tindakan Majlis Peguam Malaysia tidak hadir ke Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 bakal mengeruhkan hubungan antara pertubuhan yang mewakili lebih kurang 17,000 pengamal undang-undang itu dengan Badan Kehakiman.

Ahli Majlis Peguam, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, selaku ahli majlis itu, sudah pasti para peguam tidak berasa selesa dengan tindakan boikot tersebut.

Jelasnya, pertubuhan itu sepatutnya sedar bahawa mereka dan Peguam Negara tidak dibenarkan berucap mengenai sesuatu kes yang dibawa di mahkamah.

“Ini bukan bermakna suara dikongkong tetapi, penganjur mahu menjaga keharmonian antara Peguam Negara dan Majlis Peguam. Tindakan ini wajar dihormati,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis Peguam mengumumkan tidak mahu menghadiri Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 yang berlangsung hari ini selepas Presidennya, George Varughese menyatakan aturcara program itu seolah-olah menghalang pihaknya untuk memberi ucapan seperti dikehendaki seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

Tindak-tanduk Majlis Peguam itu turut mendapat kecaman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyifatkannya sebagai tidak profesional dan tidak menghormati badan kehakiman.

Tambah Jahaberdeen, paling tidak, Majlis Peguam seharusnya hadir sekurang-kurangnya untuk menghormati badan kehakiman dan melakukan protes secara berpatutan. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons