January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR – Selepas gagal bertemu Datuk Seri Anwar
Ibrahim, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau
tidak pernah melarang sesiapa untuk menziarah banduan semasa memegang
jawatan itu.

Mahathir yang memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun
berkata, tidak pernah mana-mana pemimpin tertinggi negara yang melarang
sebarang lawatan untuk berjumpa pesakit atau banduan, samada ia ahli
politik atau orang biasa.

“Saya kecewa dan sedih. Apakah yang sudah jadi pada negara kita ini.
Tidak pernah mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum ini melarang
sebarang lawatan untuk berjumpa pesakit atau banduan, samada ia ahli
politik atau orang biasa.

“Saya, semasa menjadi Perdana Menteri, tidak pernah menghalang
mana-mana banduan, termasuk Datuk Seri Anwar, diziarahi oleh sesiapa,”
tulis beliau dalam Facebook rasminya hari ini.

Semalam Pengerusi PH itu tidak dibenarkan bertemu Anwar di Hospital Pemulihan Cheras atas alasan arahan pihak berkuasa.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dilaporkan mengiringi calon Perdana Menteri PH itu.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, tujuan beliau untuk bertemu bekas
timbalannya adalah untuk mengucapkan terima kasih kerana Anwar telah
bersetuju dengan cadangan PH untuk beliau dinamakan sebagai calon
Perdana Menteri.

“Apabila saya dicalon sebagai bakal Perdana Menteri untuk Pakatan
Harapan, tiga buah parti bersetuju, tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR)
tidak membuat keputusan.

“Namun pada saat terakhir PKR bersetuju. Saya percaya persetujuan ini
adalah oleh kerana pengasas PKR, Datuk Seri Anwar dapat mengatasi
perasaannya dan mengutamakan kepentingan negara lebih dari perasaan diri
sendiri. Jelas Anwar, seperti semua kami dalam PH mengutamakan
penyingkiran Najib lebih mustahak dari permusuhan antara kami dahulu.

“Bukan mudah bagi Anwar terutamanya. Tetapi jelas Anwar utamakan negara lebih dari dirinya,” katanya. – MalaysiaGazette.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons