January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 12 Jan. – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melancarkan kad Touch ‘n Go edisi terhad (TNG-15to5) yang diadaptasi daripada logo Transformasi TLDM 15 Ke 5 (15to5) yang turut diperkenalkan angkatan itu hari ini.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, usaha itu merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk melakukan penjenamaan semula TLDM agar ia dekat dihati masyarakat.

“Kad edisi terhad ini merupakan kerjasama strategik antara TLDM dengan Touch ‘n Go dan ia bakal digunakan secara menyeluruh dalam kalangan ‘Navy People’ dan masyarakat awam sikit masa nanti.

“Buat masa kini, kad pintar pelbagai guna ini akan diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) dengan nilai tertentu sebagai tanda penghargaan TLDM kepada mereka-mereka yang cemerlang dan berdedikasi dan ia akan dijual kepada umum dalam masa terdekat,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan tahun baru 2018 di Auditorium Kementerian Pertahanan, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pemasaran dan Komunikasi Touch ‘n Go Sdn. Bhd., Shamsiatul Aina Abdullah dan Naib Presiden Kumpulan Sumber Manusia CIMB Group, Teoh Eow Cheong. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons