January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pengakuan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali bahawa beliau tidak dirujuk mengenai kenyataan bersama DAP, PPBM dan
Amanah negeri menyokong pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai
calon perdana menteri mengesahkan Pakatan Harapan (PH) negeri sedang
mengalami krisis dalaman.

“Saya telah rujuk PKR Selangor, kami tidak pernah dirujuk tentang
kenyataan tersebut. Jadi, tak timbul PKR tidak bersama. Tidak dirujuk,
sudah tentu kami hanya tahu daripada laporan media saja,” katanya kepada
media selepas merasmikan penyerahan Masjid Zakaria di Jalan Gombak hari ini.

Selasa lalu, kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi DAP
Selangor, Tony Pua; Pengerusi PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari;
dan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim menyokong keputusan Majlis
Presiden PH menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri gabungan
itu.

Bagaimanapun tiada nama Azmin dalam kenyataan bersama itu.

Tony Pua (DAP), Datuk Abdul Rashid (PPBM), dan Ir Izham Hashim
(Amanah) merupakan Timbalan Pengerusi PH Selangor yang dipengerusikan
oleh Azmin.

Semalam, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin
mengesahkan Azmin tidak tahu tentang kenyataan bersama menyokong
keputusan majlis presiden PH itu.

“Kenyataan itu tidak dibuat melalui struktur PH Selangor yang dipengerusikan Datuk Seri Azmin Ali,” kata Zuraida kepada FMT.

“Saya tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah satu gabungan atau
secara individu,” kata Zuraida yang juga merupakan Setiausaha PH
Selangor.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons