January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Kongres cemas dengan laporan yang meaporkan kementerian mengambil pekerja Kemboja untuk industri minyak sawit di Sarawak.

Richard-Riot-Jaem-foreign-workers-palm-oil-malaysia

PETALING
JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) cemas dengan laporan
yang melaporkan Kementerian Sumber Manusia mengambil pekerja Kemboja
untuk industri minyak kelapa sawit di Sarawak.

Menteri Datuk Seri Richard Riot Jaem dilaporkan berkata rakyat
Indonesia tidak lagi mahu bekerja di Sarawak kerana ladang-ladang di
Indonesia membayar gaji yang setanding dengan gaji yang ditawarkan
ladang-ladang di Malaysia.

“Ini sangat memalukan kerana kita pernah mendahului Indonesia dari
segi pembangunan ekonomi sehinggakan ramai rakyat Indonesia datang ke
negara ini untuk bekerja di sini kerana gaji yang lebih tinggi,” kata
Setiausaha MTUC Sarawak Andrew Lo.

Beliau berkata perkembangan itu membuktikan kerisauan MTUC selama ini
iaitu negara mengguna pakai dasar ekonomi dan buruh yang salah dan
tidak mampan.

Lo dalam kenyataan berkata kesatuan buruh tempatan disekat dan
majikan memgeksplotasi pekerja sehinggakan gaji turun ke bawah paras
produktiviti.

Beliau berkata rakyat Sarawak terdorong mencari pekerjaan di Malaysia
Barat dan luar negara, dan mungkin tidak lama lagi akan bekerja di
ladang-ladang di Indonesia.

“Kita masih memanjakan pemain industri kita dan kini membantu mereka mendapatkan buruh murah dari negara lain.”

Lo berkata kerajaan harus mengambil langkah holitik dan menstrukturkan semula ekonomi dan industri.

“Kementerian harus mencari jalan untuk berpindah dari minyak sawit ke
ekonomi digital memandangkan jumlah penduduk kita yang kecil dan
bukannnya mengambil jalan keluar mudah dan hanya mengeksploitasi tanah
kita,” katanya.

Beliau berkata tidak ada gunanya membuka tanah begitu banyak untuk
kelapa sawit dan mewujudkan isu NCR, hanya untuk mewujudkan pekerjaan
yang membayar gaji rendah untuk pekerja asing.

“Pendirian Persatuan Pemilik-pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak
mengalu-alukan bantuan kementerian itu sudah dijangka, tetapi tidak
berpandangan jatuh dan tidak mampan.”

Beliau berkta pemain industri hanya bimbangkan kewangan masing-masing daripada membangunkan industri yang mampan.

Beliau menambah pemain industri harus memperuntukkan dana untuk
penyelidikan dan pembangunan dan juga menubuhkan institusi pengajian
untuk melatih pekerja tempatan.

“Bagaimanapun, apa yang mereka lakukan adalah mendesak kerajaan
negeri membawa masuk warga asing untuk mengatasi masalah kekurangan
pekerja,” katanya.

Menurut Lo, Indonesia kini setanding atau mengatasi Malaysia, dan
jika Malaysia enggan menstrukturkan semula ekonomi negara, Malaysia akan
ketinggalan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons