January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 
KUALA LUMPUR:
Sinar Harian hari ini menafikan mengeluarkan sebarang berita kononnya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bakal dipenjarakan
sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah dalam PRU14.

Menurut Sinar Online, berita tular yang disebarkan di media sosial
memaparkan gambar Najib berserta kenyataan ‘Andai saya (Najib) kalah,
saya pasti mengikut jejak Anwar Ibrahim dan mungkin akan mati dalam
penjara’ telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan
menggunakan platform Sinar Harian Online.

Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed berkata, penyiaran berita
palsu berkenaan itu berniat jahat dengan mengaitkan Sinar Harian
Online.

“Gaya penulisan yang terpapar itu tidak mengikut gaya penulisan (house style) Sinar Harian.

“Kandungan berita itu tidak mengandungi dateline (tempat), tarikh
berita ditulis dan tiada ‘watermark’ (cop) Sinar Harian pada foto yang
tersiar,” beliau dipetik sepert berkata oleh Sinar Online.

Masthead Sinar Harian kerap digunakan sebagai penghias berita-berita
palsu yang kemudiannya ditularkan. Pelayar internet dan media sosial
perlu berhati-hati. Sila ke sinarharian.com.my atau ke Facebook Sinar
Harian untuk mendapatkan berita yang telus dan tulus.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons