January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


JOHOR BAHRU 13 Jan. – Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban sara hidup masyarakat dengan yang terbaharu, Pasar Komuniti Jauhar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pasar tersebut dilaksanakan menerusi Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop).

“Pasar ini menjual barangan basah seperti ikan, ayam, udang dan sayur-sayuran pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

“Penjimatan yang boleh dimanfaatkan pembeli adalah sehingga 50 peratus,” katanya semasa melancarkan Pasar Komuniti Jauhar di Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam, di sini sebentar tadi.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas turut memberitahu, sebanyak 50 kawasan lagi telah dikenal pasti untuk dijadikan lokasi Pasar Komuniti Jauhar. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons