January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ismail Jaafar

MYNEWSHUB

SUNGAI
PETANI – Pesara tentera, Ismail Jaafar, yang merupakan pemenang
pertandingan mencipta nama kereta pertama keluaran Perusahaan Otomobil
Nasional (Proton), meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Taman
Nuri dekat sini, pukul 3.10 petang semalam.

 

Allahyarham Ismail, 71, mencipta nama Proton Saga, yang terpilih
daripada keseluruhan 102,823 penyertaan yang diterima Proton selaku
penganjur, ketika pelancaran edisi pertama kereta nasional itu yang
disempurnakan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1
Sept 1985.

Beliau meninggalkan isteri, Sariah Abdul Rahman, 69, dan tiga anak,
Mohd Sariffuddin, 46, Siti Sarismahan, 42, dan Siti Sarismahanim, 37.

Ketika ditemui pemberita, Mohd Sariffuddin berkata kesihatan bapanya
semakin merosot sejak akhir tahun lalu dan sering keluar masuk ke
hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Allahyarham juga ada penyakit jantung, buah pinggang dan kencing
manis, Khamis lalu dia baru keluar wad, petang semalam, selepas Jumaat,
dia menghembuskan nafas terakhir di samping semua anggota keluarga.

“Alhamdulillah, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Raudahtus Solihin Amanjaya, pukul 10.55 malam tadi,”
katanya.

Ismail yang bersara sejak lebih 20 tahun lalu, sebelum itu merupakan
Staf Sarjan dengan jawatan terakhir disandang, Ketua Kerani di sebuah
sekolah tentera (Kor Perkhidmatan) di Taiping, Perak.

Ismail yang berasal dari Pulau Pinang, berpeluang menunaikan haji pada Julai tahun lalu bersama isterinya. – BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons