January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 13 Jan. – Seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas tergelincir ke dalam gaung ketika sedang mendaki Gunung Nuang di Hulu Langat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Azlan Yahya, 47, jatuh ke dalam gaung setinggi kira-kira 100 meter.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan sejak pukul 6.40 petang.

“Kita difahamkan mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons