January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Yang pastinya, majoriti besar kaum Melayu benci dan menolak parti DAP.


Perkara ini menjadi asas kepada keputusan kajian ISEAS-Yusof Ishak Institute.

Kajian itu juga boleh mewakili sentimen majoriti kaum Melayu di seluruh negara ini kerana penyebab kepada penolakan parti DAP adalah sama.

Di antara keputusan kajian itu, 85% pengundi Melayu Johor menolak parti DAP manakala hanya 5% yang menyokong parti cauvinis DAP.

65% pengundi Melayu Johor menyokong parti UMNO/BN, satu nilai yang besar dan sudah pasti akan merimaskan pihak pembangkang.

Manakala parti-parti Melayu iaitu PPBM, PAN dan PKR menerima kesan buruk kerana bersekongkol dengan parti DAP.

Pakatan Harapan (PH) begitu jelas ditolak pengundi Melayu Johor. 69% tolak PH.

Hanya 21% menyokong PPBM.

Amanah (PAN), parti yang dikenali sebagai parti di bawah telunjuk DAP hanya mendapat 13% sokongan sahaja. Nilai rendah ini tidak mengejutkan kerana bukan sahaja parti itu di bawah belas kasihan DAP, kepimpinan parti serpihan PAS ini gagal untuk menandingi parti PAS.

Pengundi Melayu di Johor percaya bahawa orang Melayu terpinggir di Singapura dan mereka akan menerima nasib sama sekiranya parti yang dikuasai oleh DAP memerintah.

Perkara ini ada asasnya dan bukan sahaja di Singapura tetapi Melayu juga terpinggir di Pulau Pinang.
Kampung-kampung rakyat khususnya Melayu yang lenyap dan angkara dasar kapitalis kerajaan DAP yang pro pemaju. Di antaranya:

1. Kampung Buah Pala
2. Kampung Permatang Tok Subuh
3. Kampung Pokok Assam, Jelutong
4. Kampung Dodol
5. Kampung Binjal
6. Kampung Batu Uban
7. Kampung Tanjung Tokong
8. Kampung Bagan Dalam
9. Kampung Permatang Tepi Laut
10.Batu Maung
11.Kampung Pulau Jelutong
12.Kampung Lima Kongsi, Sungai Bakap
13.Kampung Teluk Kumbar
14.Kampung Dalca
15.Kampung Sungai Nibong Kechil
16.Kampung Tengah Jelutong
17.Kampung Terang Balik Pulau
18.Kampung Genting,Balik Pulau
19.Kampung Pondok Upeh, Balik Pulau
20.Kampung Padang Benggali, Permatang Pauh
21.Teluk Air Tawar
22.Kampung Gagah, Bagan
23.Kampung Nelayan, Teluk Kumbar
24.Kampung Selut, Sungai Pinang
25.Kampung Siam, Pulau Tikus.

Dan ketika regim DAP menzalimi dan menindas rakyat terutamanya kaum Melayu, tidak ada satu pun pemimpin PAN, PKR dan PPBM yang mampu bersuara walau sedikit pun.

Bukti ini sahaja sudah cukup untuk menyedarkan rakyat terutamanya Melayu dengan betapa rakus dan bongkaknya parti DAP. Manakala PAN, PPBM dan PKR hanya sekadar menagih simpati parti DAP.

Kerana itu penulis bersetuju dengan keputusan kajian di mana kebanyakan orang Melayu berpendapat bahawa dengan tidak mengundi BN hanya akan memberi kuasa kepada DAP.

Pendapat ini ada relevannya dengan propaganda licik parti DAP yang cuba menipu rakyat kononnya parti itu tidak dominan di dalam Pakatan Harapan.

Lihat penjelasan di bawah:

Kita berharap agar rakyat tidak terpedaya dengan sandiwara DAP dan sekutunya.

Begitu juga dengan satu lagi kaedah Pakatan Pembangkang yang cuba membohongi rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu.

Sumber dalaman memberitahu bahawa kaedahnya ialah calon DAP menggunakan logo PPBM di negeri selatan Semenanjung Malaysia pada PRU14 nanti.

Kata mudah, calon DAP tapi pakai logo PPBM.

Sampai begitu sekali pelan puak pembangkang untuk membohongi rakyat terutamanya kaum Melayu.

Ironinya, terdapat kepimpinan Melayu PPBM yang mempertahankan parti DAP dengan menyalahkan propaganda UMNO sebagai penyebab Melayu tolak DAP.

Yang sebenarnya, kepimpinan DAP sendiri yang menyebabkan Melayu benci parti cauvinis itu.

Sudah banyak artikel dan berita tentang perkara ini tetapi kepimpinan dinasti Lim dan regim DAP tidak pernah berusaha dengan serius untuk menyahkan persepsi tersebut.

Yang paling jelas ialah tidak ada satu pun calon Melayu yang menang semasa pemilihan semula CEC DAP. Malah, undi calon Melayu DAP ini lebih rendah daripada calon DAP yang sudah meninggal dunia.

Dan sekarang, regim DAP bukan sahaja menzalimi dan menindas kaum Melayu, mereka juga telah menzalimi kaum lain, bermusuhan dengan ramai pihak seperti NGO dan pertubuhan Clan Cina.

Permasalahan regim DAP ini juga termasuk protes penyokong-penyokong parti DAP dan PKR yang berasa tertipu dan tidak ada nilai lagi apabila kedua-dua parti ini bersekongkol dengan seorang veteran yang dianggap perasuah terbesar, kuku besi, pengamal kroni melampau, mahafiraun dan paling rasis dalam negara.

Rakyat sudah muak dengan wayang murahan Pakatan pembangkang.

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons