January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Peguam PAS – Dulu

 1.Pemimpin tertinggi parti suci dilapor oleh media jika parti suci boleh menang 40 buah kerusi dlm PRU 14 nanti,maka parti itulah akan jadi tmpt kebergantungan parti lain yang akan bentuk Kerajaan. 

 2. Dengan ada 40 kerusi itu, kata beliau, parti suci boleh minta macam-macam kerana ada pengaruh. 

 3. Walaupun kata-kata beliau itu tidak didengar suaranya, namun suaranya , bagi saya, adalah bernada negatif kerana ia bernada dan bernafas ala ala a Kingmaker. 

 4. Apa pun, bagi saya, teori 40 kerusi yang berjenama dan berperanan kingmaker tu hanya boleh berlaku berasaskan premis berikut :-

 – jika parti suci disokong oleh pengundi hingga berjaya menang 40 kerusi. Jika dapat hanya 04 kerusi sahaja, maka no king no maker lah nampaknya.

 – Saya tak nampak mcm mana parti suci boleh dapat 40 buah kerusi dlm PRU 14 nanti dengan gaya dan style politik yang mereka pegang sekarang

– selalu bagi ” nyawa” kpd BN, berkecuali dalam keadaan berkecuali tidak diperlukan dan pelbagai aksi kamikazi politik yang lain. 

 5. Saya juga tak pasti pemimpin parti suci sedar atau tidak berperanan sbg kingmaker dalam politik itu hakikatnya berkonotasi negatif-spt orang kata penculik yang ugut seseorang dengan wang tebusan ( holding somebody to ransom ). 

 6. Persoalannya, jika guna peranan sbg kingmaker utk misalnya ugut parti lain yang nak bentuk Kerajaan ( dengan sokongan 40 kerusi parti suci ) untuk minta laksanakan hukum Islam misalnya, adakah itu kaedah yang sesuai dan boleh sebabkan orang lebih hormat kepada Islam. Kalau ya , terpulanglah..tapi, bagi saya, maaf lah saya ragui cara itu boleh sebabkan orang lebih tertarik dan minat dengan Islam.Mcm cara orang gedebeh je, bagi saya lah. 

 7. Adakah dengan dedah awal-awal lagi tentang pengaruh yang ada dengan kuasa 40 kerusi yang parti suci miliki itu menyebabkan orang makin berminat atau sebaliknya utk bentuk Kerajaan dengan parti suci. Mungkin orang makin takut dan makin tidak berselera nak adakan Kerajaan bersama dengan parti suci . Takutnya ketika itu, 40 kerusi dah bertukar jadi mcm Ali Baba dan 40 penyamun.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons