January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pembahagian Kerusi Parlimen Pakatan Harapan di Semenanjung memberikan teka teki di manakah calon Perdana Menterinya, Tun Dr Mahathir Mohamad hendak bertanding? 52 kerusi menjadi pilihan. Mungkinkah Langkawi atau Kubang Pasu di Kedah, Putrajaya di Wilayah Persekutuan atau Pekan di Pahang? 

Sesuatu yang amat menarik semalam apabila Timbalan Presiden PKR menawarkan kerusi Gombak kepada Tun Dr Mahathir. Umum mengetahui bahawa kemenangan Azmin Ali untuk kerusi Parlimen Gombak adalah ehsan pengikut-pengikut PAS yang majoriti bertanding di situ. 

Di dalam Plihan Raya Umum (PRU) ke 14 kali ini, desas desus mengatakan bahawa Azmin Ali sendiri tidak berani mempertahankan kerusi berkenaan memandangkan kemelut PAS bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan dan kerusi berkenaan pasti akan ditandingi PAS.

Dalam PRU ke-13, Azmin Ali menang tipis di Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734 atau 51.4% undi. Dalam PRU ke-14 nanti, Azmin Ali lebih berisiko untuk tewas di situ setelah PKR mengkhianati PAS. Jadi, lebih baik beliau tolak bala kepada Tun Dr Mahathir. Kalau calon Perdana Menteri itu kalah, maka laluan beliau untuk ‘merampas kuasa’ seperti Langkah Kajang akan menjadi lebih mudah.

Adakah penawaran kerusi Gombak kepada calon Perdana Menteri Pakatan Harapan adalah helah untuk Azmin Ali menarik diri (tanpa takut digelar pengecut oleh penyokongnya) dari bertanding di situ dan secara langsung untuk menguburkan karier Tun Dr Mahathir? 

Azmin Ali sendiri tidak berani bertanding di situ, ada hati hendak suruh Tun Dr Mahathir. Seperti kata Azmin Ali sendiri, ini semua sandiwara kelas pertama.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons