January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEREMBAN 14 Jan. – Dua kakitangan Telekom Malaysia (TM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki menerima rasuah bagi menjual kabel milik syarikat itu secara tidak sah kepada satu sindiket sejak dua tahun lalu.

Mereka yang berusia 30-an dipercayai menjadi dalang dalam kegiatan membawa keluar drop fibre berjenama Lite Kabel dari stor syarikat itu dan bersubahat dengan beberapa lelaki lain untuk menjualnya antara tahun 2016 hingga 2017.

Sumber memberitahu, kedua-dua lelaki yang merupakan pembantu pegawai teknik ditahan oleh beberapa pegawai SPRM di sebuah ibu sawat TM di Johor kira-kira pukul 6 petang semalam.

Difahamkan, SPRM akan memohon perintah reman terhadap dua lelaki itu di mahkamah di sini pagi ini.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Ramli Ismail ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai penahanan tersebut.

Sehingga kini sembilan individu ditahan SPRM negeri ini bagi siasatan kes rasuah melibatkan penjualan kabel syarikat itu secara tidak sah di pasaran Negeri Sembilan dan sekitarnya yang menyebabkan TM kerugian antara RM4 juta hingga RM6 juta.

Pada Rabu lalu, SPRM telah menahan tiga suspek berusia 30 hingga 47 tahun yang merupakan pengarah syarikat, ahli perniagaan dan juruteknik berhubung kes tersebut.

Empat lagi suspek melibatkan tiga juruteknik dan seorang pembantu makmal di sebuah sekolah di Johor berusia 23 hingga 32 tahun ditahan di beberapa lokasi di negeri itu kira-kira pukul 8 malam kelmarin.

Mereka diberkas susulan penahanan sembilan individu termasuk kakitangan TM di sekitar Kuala Lumpur Rabu lalu kerana salah guna kuasa dan rasuah selepas mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu kepada TM untuk membawa keluar kabel milik syarikat. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons