January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Mohd Sayuti Omar II 

Jasman Jaafar penyelia DUN bagi kawasan DUN Bunut Payung,
lebih popular daripada wakil rakyat Pas kawasan tersebut.

 Untuk berbakti kepada masyarakat setempat sebenarnya tidak perlu kepada apa-apa jawatan penting seperti DO atau pun wakil rakyat. Tanpa jawatan pun ia boleh dilakukan kalau seseorang itu mahu melakukan. 

 Jika dalam diri seseorang itu ada semangat membantu dan percaya dengan berbuat baik akan diberikan pahala, seseorang itu akan terus menabur bakti walaupun siapa mereka. 

 Demikianlah dengan sdr Jasman Jaafar, penyelia DUN bagi kawasan DUN Bunut Payung, Kota Bharu. Parti Amanah Negara (Amanah) telah melantik beliau menjadi penyelia untuk Dun berkenaan. 

 Beliau juga merupakan penggerak parti itu yang ulung disitu dan juga kawasan Kota Bharu. Bendera gergasi Amanah yang pertama kali berkibar di Kelantan adalah di dalam Dun Bunut Payung yang diusahakan oleh Jasman. 

 Sekiranya kita melalui jalan Kota Bharu – Kuala Krai kita akan dapat melibat kibaran bendera Amanah di kiri kanan jalan, disitulah zone Jasman. 

 Bayangkan kalau orang seperti Jasman ini dipilih menjadi wakil rakyat ia mampu meringankan bebanan ditanggung rakyat. Tentu apa-apa sumbangan dan khidmat baktinya lebih melebar dari sekarang. Kalau hanya dengan memegang jawatan penyelia Dun sebuah parti baharu beliau sudah dapat membantu penduduk setempat, apa lagi kalau menjadi wakil rakyat. 

Nama Jasman kini sudah menjadi sebutan di kawasan Bunut Payung, yang lebih popular daripada wakil rakyat yang ada. 

 Semua masalah masyarakat setempat dilayan dengan menggunakan wang dari titik peluhnya sendiri. Saya pernah mengikuti aktivi membahagikan zink untuk rumah di kawasan Bunut Payung yang dibiayai sepenuhnya oleh Jasman. 

 Selain memberi bantuan untuk membaiki rumah, beliau juga turut memberi sumbangan kepada anak-anak sekolah menyediakan barangan keperluan sekolah. Turut sama dibantu ialah mangsa banjir. 

 Dan gambar terbaharu yang saya petik dari facebook beliau, beliau sedang memerhati kerja-kejra untuk membaiki sebatang jalan kampung yang memerlukan bantuan, taburan pasir lada. 

 Jasman dapat merealisasikan modus operandinya untuk membantu masyarakat setempat yang dipelopori oleh Amanah – menjadi wakil rakyat sebelum angkat sumpah. Trims.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons