January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 14 Jan. – Kira-kira 600 pengunjung teruja menyaksikan kelunakan 385 ekor burung dari baka merbuk dan merbah beradu suara mengalunkan kicauan lunak masing-masing sempena Pertandingan Burung Amal 2018 hari ini.

Penyertaan yang dibuka kepada tiga kategori burung itu berjaya menarik 65 ekor penyertaan kategori Murai Kampung, Murai Batu (155 ekor) dan Merbah Jambul (160 ekor) yang bersaing sengit merebut gelaran juara setiap kategori.

Pertandingan anjuran Persatuan Burung Bukit Serdang serta Pasaraya Giant Setapak sebagai penaja lokasinya itu dihakimi sembilan pengadil meliputi disiplin suara, gaya serta aksi lincah setiap ekor burung.

Sebanyak RM15,400 berjaya dikutip melalui yuran penyertaan sahaja selain sumbangan syarikat swasta, individu perseorangan serta tabung bergerak yang dilancarkan sebelum disalurkan kepada tiga badan kebajikan anak-anak yatim sekitar Lembah Klang. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons