January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 15 Jan. – Mangsa yang terjatuh ke dalam gaung kira-kira 100 meter ketika mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat dekat sini sejak dua hari lalu berjaya ditemukan oleh pasukan penyelamat pagi semalam.

Jenazah Allahyarham Azlan Yahya, 47, ditemukan oleh sepasukan anggota kira-kira pukul 10.50 pagi dan dinaikkan untuk dibawa ke Kem Pacat pukul 5 petang.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata, buat masa ini anggota dan pegawai yang bertugas sedang bertungkus lumus untuk membawa jenazah mangsa ke Kem Lolo sebelum dibawa keluar.

“Kita menjangkakan jenazah mangsa dapat dibawa turun pada pukul 2 atau 3 pagi ini tetapi ia bergantung kepada keadaan tetapi usaha sedang giat dilakukan walaupun kita berdepan dengan bentuk muka bumi yang tinggi,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pukul 1.30 petang kelmarin memaklumkan mangsa terjatuh di berhampiran puncak Gunung Nuang. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons