January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 14 Jan.-Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memperlekehkan sendiri masyarakat Melayu dengan menyifatkan budaya kaum itu penyebab mereka ketinggalan disangkal dan tidak menggambarkan keseluruhan kaum tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya perlu meniliti dan melihat kekayaan masyarakat di negara ini termasuk orang Melayu yang turut tersenarai sebagai jutawan.

Selain itu katanya, orang Melayu juga perlu terus dibimbing supaya maju dalam pelbagai aspek.

“Kalau orang Melayu malas tidak mungkin anaknya , Tan Sri Mokhzani Mahathir juga turut tersenarai antara jutawan di negara ini.

“Adakah anak beliau sahaja yang rajin? Ramai juga yang berjaya.Kerana itu kita perlu terus membimbing mana-mana individu yang berpotensi, bukannya terus menyalahkan dan membiarkan mereka, katanya ketika ditemui dalam majlis Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons