January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Timb Pesuruhjaya I PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus

PAS Selangor akan memastikan jawatan menteri besar diisi oleh wakil daripada parti tersebut apabila menang pilihan raya umum akan datang. 

 Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata senarai calon untuk jawatan tersebut sudah dikenalpasti dan mereka yakin akan dapat menguasai kerusi DUN. 

 “Kami yakin prestasi kami baik di Selangor pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) dan juga sudah ada senarai calon untuk jawatan menteri besar Selangor dan sudah pastinya kali ini kami akan utamakan calon kami untuk jawatan itu,” katanya seperti dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini. 

 Katanya, calon PAS akan bertanding di 42 kerusi DUN, selain 20 kerusi Parlimen di negeri itu. 

 PAS menguasai 15 kerusi DUN Selangor dalam PRU 2013. Dua wakil rakyatnya, Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin kini menyertai parti Amanah. 

 Ketika kerajaan Selangor dilanda krisis ekoran pemecatan menteri besar Khalid Ibrahim pada 2004, Dr Ahmad Yunus merupakan antara nama yang disebut-sebut sebagai calon pengganti. 

 Dua lagi exco PAS dalam kerajaan Selangor, Iskandar Samad dan Zaidy Abdul Talib turut disebut-sebut sebagai calon menteri besar baharu. 

 Dr Ahmad Yunus yang juga exco hal ehwal agama Selangor berpendapat PH kini masih belum belajar daripada kesilapan “Langkah Kajang” itu kerana mencalonkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri mereka. 

Menurutnya, tindakan itu hanya akan mengundang konflik dan mengheret rakyat dan institusi raja ke dalam kancah politik. 

“PH melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri sementara mereka kemudiannya akan berlaku peralihan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-8. 

 “Kita akan lihat banyak konflik yang akan berlaku dalam pentadbiran negara yang akhirnya menyusahkan rakyat. 

 “Contohnya sudah berlaku di Selangor sebelum ini dalam krisis jawatan menteri besar selepas Khalid Ibrahim daripada PKR disingkir susulan Langkah Kajang,” katanya. – 13 Januari, 2018. ~ sumber

Selangor ada 56 kerusi DUN. PAS akan bertanding di 42 kerusi DUN. Baki 14 kerusi.

 Kenapa Pas tidak bertanding di 14 kerusi lagi itu?

Adakah kerana 14 kerusi itu kerusi DAP? Kah! Kah! Kah! 

Ada 56 jumlah kerusi DUN Selangor. Kedudukan Adun Selangor :

BEBAS  – 2   }
PKR – 13      }
PAS – 13      }    JUM KERUSI PAS TANDINGI = 42
AMANAH – 2 }
BN – 12        }

 BAKI – 14 KERUSI PAS TAKUT TANDINGI KERANA KEPUNYAAN DAP??



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons