January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Wfauzdin Ns 

 Mula2 mereka menentang Deklarasi Rakyat atas alasan Tun M bukan mahu jatuhkan Umno, tetapi mahu jatuhkan Najib saja. Apabila Tun M tubuhkan parti dan umum untuk lawan Umno dan jatuhkan Najib, mereka kata buat apa jatuhkan Umno/Najib kalau sistem tetap sama? 

 Parti Tun M pun sertai PH dan bersetuju untuk menerima dasar dan prinsip PH bagi mengubah sistem dan mereformkan institusi negara. Mereka kata, itu tipu muslihat Tun M dan bagaimana dengan Anwar? 

Tun M pun bertemu dengan Anwar di mahkamah dan Tun M serta Anwar pun berjabat tangan. Mereka kata, Tun M tak ikhlas bertemu Anwar, mengapa Tun M tak minta maaf atas apa yg beliau lakukan sewaktu beliau berkuasa? 

 Di dalam Himpunan Agung PPBM baru2 ini, Tun M pun mengucapkan permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia sepanjang beliau berkecimpung di dalam politik dan kerajaan. Mereka kata lagi, Tun M tidak ikhlas. 

 Di dalam Konvensyen PH baru2 ini, Tun M ucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar dan keluarganya yg banyak berkorban serta menerimanya selaku pemimpin dan bakal PM jika PH berjaya membentuk kerajaan di dalam PRU14 nanti. 

 Mereka masih tidak puas hati. Buat forum, buat tajuk yg membawa persoalandan maksud “Mengapa Tun M dipilih sebagai penyelesaian masalah negara sekarang?” 

Di dalam forum berkenaan, mereka hentam Tun M bertalu2 dengan meratib kisah lampau Tun M. Nasib baik Hishamuddin Rais Tukar Tiub bijak menangkis hujah2 mereka dengan baik dan ilmiah. 

Apa lagi yg perlu dibuat? Tiada idea lain, mereka memilih untuk menggerakkan kempen “Boikot PRU14” akan datang. 

 Mengapa mesti boikot? Tidak suka dengan Bn dan PH? Jika kedua2nya mereka tidak suka, mereka ada pilihan satu lagi iaitu sekutu Umno iaitu parti lebai. Patutnya mereka kempen “Sokong Parti Lebai” agar Umno/Bn dan PH tewas di dalam PRU14 nanti. Mengapa mereka tidak berbuat demikian? 

Ohh…kerana mereka juga tidak yakin dgn parti lebai boleh jadi kerajaan jika menang 40 Kerusi Parlimen?

 Jika Umno/Bn kamu tidak suka, PH juga kamu benci, parti lebai pun kamu tidak percaya, sebijaknya kamu tubuh parti baru dan umumkan bahawa parti kamu itu lebih baik dari semua parti. Mengapa tidak dilakukan? Takut tiada pengaruh? 

Takut hilang deposit bertanding? Atau, tiada tokoh yang layak dari kalangan kamu untuk diangkat ? Takkan di kalangan kamu tiada tokoh yang lebih hebat dari Anwar, Tun M, Guan Eng atau Mat Sabu malah lebih layak dari Najib? Takkan standard kamu hanya tukang anjur forum untuk hentam orang saja? 

Mengapa pilih boikot PRU14 sedangkan kamu ada pilihan yg lebih baik dari itu iaitu menawarkan diri dan kumpulan kamu untuk memimpin negara ini? Demokrasi membenarkannya. 

 Boikot PRU14 akan untungkan siapa? Untungkan Umno/Bn dan puaskan nafsu serakah dendam kamu, itu sajakan? Nasib rakyat dipersetankan asalkan dendam kamu tertunai. Percayalah, kerja2 bodoh kamu itu akan ditertawakan orang. Bagaimana mahu mempengaruhi rakyat yg telah bersemangat untuk jatuhkan Umno/Bn sedangkan kumpulan kamu sendiri pun semakin mengecil dan terpinggir. 

 Aku simpati sebenarnya. Mereka sanggup buat sedemikian rupa hanya kerana melepaskan dendam dan amarah mereka semata2 kerana selama ini suara2 mereka tidak dihiraukan langsung oleh orang lain. 

Kita persilakan mereka lancarkan kempen itu jika itu salah satu cara terbaik untuk mereka bantu Najib, Umno/Bn. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons