January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menawarkan Tun Mahathir Mohammad untuk bertanding di kerusi Gombak yang disandangnya atas nama muafakat.


Saya bersedia memberi laluan kepada Tun di Parlimen Gombak sekiranya dipersetujui oleh KEADILAN. Mari membingkai muafakat demi rakyat,” katanya di Twitter malam tadi.

Bagaimanapun usaha beliau itu dipertikaikan oleh ramai netizens pro pembangkang yang ragu-ragu dengan tindakan Menteri Besar itu.

Misalnya, Mikhail ivanovic berkata :Kakakakaka…celaka betul game Azmin Ali..sengaja dia nak serah kerusi parlimen gombak kepada madey. Mentang-mentang la dia tahu disitu kubu kuat PAS di selangor. Sengaja dia nak perangkap Mahathir biar kalah tersungkur disitu,” manakala MM pula menulis : Kenapa nak lari dari Parlimen Gombak? Parlimen sendiri tak boleh pertahan pun teringin nak jadi PM’, ujarnya.

Jjarch pula berkicau : Ye lah tu. Dah tau nak bungkus bagi kat orang tua tu yek,” dan Mr. Right pula berciap : Sandiwara kelas pertama. Kah kah kah,” ciapnya.

Bagaimanapun penyokong-penyokong Azmin memandang positif dengan saranan tersebut. Bagi mereka Azmin berjiwa mulia dan berhati baik kerana sudi memberi laluan di kubunya sendiri dengan menyarankan Mahathir bertanding di Gombak.


Gambar bersalaman dipersoalkan





“Pandai mereka letak gambar tu kan. Tun sama pun tak tengok muka dia. Aku tak pernah tengok Tun macam tu,” kata Zubaidi Sudin. 


Ia merujuk pada laporan yang mengatakan Azmin setuju Mahathir sebagai pilihan terbaik untuk rakyat; namun pemerhati politik tanahair menyifatkan langkah Uturn Azmin itu membawa pelbagai mesej tersirat yang tidak boleh diketepikan.


Misalnya blogger pro Amanah, MSO beranggapan Azmin berupaya untuk keluar dan meninggalkan pembangkang. Dalam post yang bertajuk Azmin akan walk out, MSO membayangkan Azmin mampu menimbulkan masalah besar dan pergolakan di dalam parti pembangkang.

“AZMIN AKAN WALK OUT

Menjelang Isyak semalam dua penganalis politik popular seorang terlibat dengan membuat kajian politik setempat dan juga menjadi motivator sering diundang parti politik datang ke rumah saya berbincang dua perkara.

Yang hendak diketahui ialah mengenai masa depan PH keseluruhannya dan topik khususnya mengenai Selangor. Banyak yang dibincangkan dan perkongsian maklumat antara saya dengan kedua mereka.

Soalan cepu emas ditanya kepada saya macam mana dengan Azmin Ali dan kumpulannya yang saya sifatkan bermain politik secara rally yang meletihkan. Mereka mahu kesimpulan daripada saya.

Tanpa apolegetik saya mengatakan, kalau tidak kena cara dan gaya Azmin Ali boleh menimbul masalah besar dalam PH. Dengan mengenali peribadinya, keagresifannya, kelicitan dia berpolitik saya kata kata tidak mustahil dia akan walk out — keluar dari Pakatan Rakyat. Mungkin orang-orang seperti Zuraidah Kamaruddin, Latifah Koya dan sekutunya akan bersama Azmin.

Kedua penganalisis itu tergaman dengan kata-kata saya. “Abeti fikir sampai ke situ,?” Asak salah seorangnya. “Iya.. ia tidak mustahil…, Azmin boleh dan sanggup berbuat begitu jika kehendaknya tidak dilayan. Trims,” kata MSO di Facebooknya malam tadi.





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons