January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SHAH ALAM 14 Jan. – Anugerah Nasyid 2017 anjuran IKIM berakhir malam tadi di mana nama Hafiz Hamidun tidak dipanggil untuk dinobatkan sebagai Juara, Naib Juara mahupun tempat ketiga.

Walaupun nasib tidak menyebelahi kepada penyanyi lagu-lagu ketuhanan ini yang pernah menghangatkan dunia glamer artis tahun lepas ekoran kisah perceraiannya, namun Hafiz tidak pulang dengan tangan kosong.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun berjudul Penyelamat, terpilih untuk menerima Anugerah Lirik Terbaik.

Mendengarkan melodi Penyelamat, cubaan berani Hafiz Hamidun memusing 360 darjah kerana mengetengahkan irama Sunda di dalam lagu Penyelamat.

Tampil dengan imej Nusantara, ketika ditemui wartawan Utusan Online usai majlis Anugerah Nasyid 2017 (AN17), Hafiz memberitahu beliau tidak kecewa kerana gagal meletakkan nama dan lagunya di tiga tempat teratas.

“Bagi saya, tidak mengapa jika tidak mendapat tiga tempat teratas, tidak pulang sebagai juara, naib juara ataupun tempat ketiga. Saya tetap bersyukur dengan Anugerah Lirik Terbaik daripada lagu Penyelamat,” katanya.

 

Hafiz Hamidun berkata, sememangnya beliau tidak menduga lirik Penyelamat akan dipilih oleh para juri yang diketuai oleh Farihin Abd. Fatah sebagai lirik terbaik kerana penghasilkan lirik dalam lagu tersebut menggunakan pendekatan terus. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons