February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Bekas pemimpin Umno, Datuk Tamrin Ghafar mengesahkan satu pertemuan dengan pihak polis akan diadakan petang ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai status siasatan berhubung dakwaan salah laku membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

 “Polis telah beri respons terhadap surat saya itu dan menetapkan pertemuan pada 8 Februari (hari ini) di Bukit Aman,” katanya yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian, semalam.

 Tamrin yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba berkata bahawa anggota polis sewajarnya berkhidmat untuk negara dan bukannya untuk melindungi individu berkepentingan.

 Beliau sebelum ini adalah antara pemimpin yang menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi penjelasan segera berhubung isu berkenaan.

 Kemas kini terakhir daripada Mohamad Fuzi mengenai kes membabitkan Dzulkifli, adalah pada 6 Disember, 2017, di mana beliau berkata polis akan menyiapkan siasatan mereka dalam masa seminggu.

 Polis sedang menyiasat Dzulkifli di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas dakwaan menggoda isteri orang susulan penyebaran tiga video pendek beliau berada di luar negara bersama seorang wanita yang menjadi tular di media sosial.

 Kertas siasatannya telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebanyak tiga kali, tetapi setiap kali, semuanya ditolak dan dihantar kembali.

 Sebelum ini, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo turut membuat gesaan sama.

 Katanya, polis telah lama mendiamkan diri mengenai perkembangan siasatan berhubung dakwaan ‘hubungan sulit’ dengan isteri orang itu.

~
Malaysiakiniini

Komen al-Husseyn :


Sebelum ini pun pada 25 Jan 2018, Govind juga turut bertanya Apa jadi dengan siasatan kes ‘goda’ bos SPRM

Kemas kini terakhir daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengenai kes membabitkan Dzulkifli, adalah pada 6 Disember, 2017, di mana beliau berkata polis akan menyiapkan siasatan mereka dalam masa seminggu.

Kertas siasatannya telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebanyak tiga kali, tetapi setiap kali, semuanya ditolak dan dihantar kembali.~sumber

Pada 16 Nov 2017 Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan dipanggil pada “bila-bila masa” berhubung dakwaan hubungan sulit melibatkannya.

Soalan yang patut ditanya kepada KPN ialah kenapa lembab sangat nak siasat sedangkan segala bukti-bukti sangat jelas melalui rakaman tiga video pendek. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons