February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, dakwaan kononnya terdapat telur ikan beracun di perairan Malaysia.

Versi Terkini. Tular: Februari 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2017

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA :

Bahagian Biosekuriti Perikanan dan Institut Penyelidikan Kesihatan Ikan (NaFISH), dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyiasat kesahihan maklumat seperti yang ditularkan. NaFISH telah melalui perbincangan awal bersama Jabatan Perikanan Sabah, FRI Bintawa dan unit makmal Biosekuriti negeri-negeri untuk melakukan pra-pemeriksaan sampel ikan di lokasi-lokasi yang mempunyai musim ikan tamban.

Menurut DOF, hasil dari pemeriksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak biosekuriti negeri-negeri dan juga NaFISH mendapati tiada penemuan ikan seperti yang ditularkan dalam negara.

SUMBER :

Facebook Jabatan Perikanan Malaysia

Twitter Jabatan Perikanan Malaysia

Harian Metro

Berita Harian





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons