February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


LABUAN 9 Feb. – Lebih 5,000 warga wilayah ini hadir menyertai program Labuan Berselawat dan Ilmiah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 (SHWP2018) di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan, di sini, hari ini.

Dalam Majlis itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyertai selawat bersama rakyat.

Program kluster ilmiah dan kerohanian itu merupakan penganjuran kali ke-3 dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan bertujuan menerapkan dan memperkukuh penghayatan amalan pendidikan Islam dalam kalangan warga wilayah.

Program berkenaan dimulai dengan bacaan Asma Ul- Husna, qasidah dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Turut merafak sembah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Yang turut hadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail dan Pengarah Eksekutif Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Mustafa Mohd serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Merican.

Program berkenaan merupakan program terakhir Seri Paduka bersama komuniti setempat bersempena lawatan rasmi dua hari ke wilayah ini sejak semalam. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons