February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Malas sebenarnya CTS untuk mengangkat isu pencacai Tun Dr Mahathir yang suam-suam kuku di blog ini. Kata pepatah English, ‘don’t make stupid people famous’. Namun, fitnah perlu dijawab kembali. Apatah lagi ianya melibatkan orang-orang yang CTS sayang, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan isteri.

Pencacai pembangkang sudah ketandusan isu sehingga terpaksa mengitar semula isu 2016, diambil dari ucapan pemimpin Mahafiraun mereka, ‘self proclaimed Top Dog Pakatan Harapan’ Tun Dr Mahathir. Isu yang sama turut diambil kesempatan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk membuat fitnah.

Isu ini telah beberapa kali dijawab. CTS telahpun menjawab isu ini di sini. Malah Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor turut menjawab isu yang sama di laman sosial Facebook beliau seperti tertera di bawah:

YB Rafizi Ramli mahu menutup malu setelah membuat kesilapan mengira ‘flying hours’ rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul iaitu dengan mengira 1440 jam dan bukannya 26 jam. Oleh kerana itu beliau sekarang bercakap mengenai jumlah beg untuk rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul.

Mungkin di kawasan Parlimen Pandan sudah tiada isu rakyat yang hendak perjuangkan maka dengan itu beliau mengambil tahu hal yang tiada kaitan dengan beliau. Saya beranggapan YB Rafizi Ramli tidak pernah menaiki pesawat komersil mahupun pesawat eksekutif. Oleh yang demikian, saya akan menjelaskan SEIKHLASNYA dan MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU MUDAH agar dapat difahami dan diselami oleh YB Rafizi Ramli.

YB boleh menyemak terma ‘ACT – additional centre tank’ dengan ‘rakan-rakan’ dalam industri penerbangan. Pesawat ini telah mebuat pengubahsuaian kepada ruang kargonya untuk membesarkan tangki minyak bagi membolehkan pesawat terbang lebih jauh (more range). Untuk makluman YB juga, ruang kargo pesawat eksekutif juga tidak sama seperti pesawat komersil. Dalam kes penerbangan ini, ruang kargo digunakan untuk membawa kostum dan alatan Permata Seni yang diundang membuat persembahan di sana. (boleh rujuk gambar).

Penumpang pesawat berkenaan bukanlah hanya Isteri Perdana Menteri seorang. Sebaliknya pesawat ini turun membawa bersama 13 penumpang dan 7 anak kapal. Adakah kesemua penumpang lain tidak membawa bagasi masing-masing? Ini penerbangan jarak jauh. Sudah tentu perlu menukar pakaian. Sebab itu dibawa ‘hand-carry’ beg. Begitu juga makanan daripada sendiri dibawa atas pesawat. 

Jelas tuduhan YB Rafizi Ramli berniat jahat dan bertujuan menimbulkan kebencian terhadap pimpinan Negara dan keluarga.

P/S: berapa kali pc lagi dia nak buat? takat nak tanya soalan camtu boleh whatsaps gua je bro ataupun tag gua kat FB.

Sudah-sudahlah wahai pencacai-pencacai. Tidak berbaloi dengan dedak yang kamu terima untuk menjawab fitnah di Padang Masyar nanti. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons