February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ULASAN :
Pada hari ini (11 Oktober 2017) sudah genap lima bulan usaha untuk
mencegah kemungkaran demi untuk menghapuskan unsur salah guna kuasa
berkaitan isu penganugerahan BrandLaureate sehinggakan Pengerusi AMANAH
Negeri Perak,  Asmuni Awi sanggup naik ke Mahkamah jika tuduhannya tidak
benar.

Pada 30 November 2017 yang lalu, saya juga telah membuat kupasan dan
penjelasan susur galur isu BrandLaureate berdasarkan kepada sidang media
Asmuni dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta
kenyataan media daripada The BrandLaure sendiri.

Yang jelasnya, surat yang dikirimkan oleh The BrandLaureate kepada
Asmuni pada 30 Oktober 2017 telah dijawab pada 16 November 2017 melalui
peguamnya namun sehingga kini tiada jawapan balas ataupun tindakan
mengheretnya ke Mahkamah sepertimana yang diharapkan oleh Datuk Seri
Zambry.

Video perutusan Tahun Baru Datuk Seri Zambry awal tahun baru-baru ini
menunjukkan Datuk Seri Zambry begitu ‘sayang’ dengan anugerah yang
diterimanya sepanjang setahun yang lalu (2017) termasuklah Anugerah
BrandLaureate sebagai pencapaian terbaiknya tahun itu.

Untuk rekod, disebabkan anugerah ini juga kami pada 1 November 2017
bertekad dan mengambil tanggungjawab serta amanah menyerahkan bukti
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun sehingga kini
tidak tahu akan nasib laporan tersebut sama ada tindakan susulan atau
hanya ‘disimpan’ sahaja?

Umum mengetahui, jika seseorang pimpinan politik kerajaan itu masih
‘berkuasa’, mana mungkin pihak berkuasa akan ‘telus’ menjalankan
siasatan dan ‘tegas’ bertindak jika terbukti dengan fakta serta dokumen
untuk mengheretnya ke Mahkamah.

Mungkin laporan yang kami buat tempohari kepada SPRM langsung tidak
disiasat atau mungkin telah disiasat tetapi tiada tindakan susulan, ini
semua tidak mustahil kerana laporan tersebut membabitkan skandal seorang
pimpinan politik yang merupakan penjawat utama negeri ini.

Jika semua pendedahan itu fitnah, palsu, bohong dan tipu, kenapa
Datuk Seri Zambry tidak menggunakan haknya atau Perbadanan Menteri Besar
(MB Inc) Negeri Perak atau The BrandLaureate membawa perkara ini ke
Mahkamah dan ‘membersihkan’ segala tuduhan tersebut?

Semasa Sidang Perbentangan Bajet Tahun 2018 Dewan Undangan Negeri
(Dun) Perak yang berlangsung pada 21 hingga 27 November 2017, Datuk Seri
Zambry berpeluang membuktikannya bahawa semua dakwaan tersebut salah
tetapi malangnya beliau hanya ‘berdiam diri’ sahaja.

Isu skandal Anugerah BrandLaureate ini sama seperti pendedahan isu
skandal pembayaran bonus RM 115,000 dan pembelian kereta mewah jenis
Audi Q7 bernilai RM 620,996 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
yang jelas membabitkan Datuk Seri Zambry.

Dalam kedua-dua isu skandal PKNP tersebut, difahamkan telah ada yang
‘dikambing hitamkan’ bagi ‘menutup’ isu skandal tersebut dan apakah
nasibnya sama seperti isu skandal Anugerah BrandLaureate ini? Adakah
rakyat hanya mampu ‘melihatnya’ sahaja tanpa ‘bertindak’ sama?

Pihak berkuasa memang boleh ‘menutup’ isu skandal-skandal yang jelas
berlaku ini namun isu skandal Anugerah BrandLaureate ini masih belum
‘lenyap’ kerana surat Asmuni kepada The BrandLaureate masih tidak
berjawab sehingga kini dan sanggupkah The BrandLaureate dicemuh akibat
isu skandal ini?
Jika The BrandLaureate terus ‘diam’ sudah tentu penerima serta yang
bakal menerima anugerahnya akan ‘malu’ kerana pendedahan oleh Asmuni
tersebut jelas mengaitkan satu atau lebih bayaran dibuat oleh MB Inc
semasa majlis anugerah yang diterima oleh Datuk Seri Zambry.

Kepada Datuk Seri Zambry, berlaku jujurlah kepada rakyat serta
beramanahlah dengan kedudukan yang ada sekarang ini. Rakyat pula berhak
‘menurunkan’ beliau dengan ‘kuasa’ undi pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU 14) ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons